PENULIS: NURUL ASYIQIN JAAFAR
Merupakan graduan Diploma in Fashion Design pada tahun 2017 di City University Malaysia, Chee Choo Yee Arun, atau lebih dikenali sebagai Arun Chee kini merupakan seorang pereka fesyen muda dengan jenamanya tersendiri. Anak muda kelahiran Kuantan, Pahang ini mula mengasah bakat dan minatnya terhadap bidang reka fesyen sejak berusia 16 tahun dan ketika usianya menginjak 19, Arun Chee memulakan langkah pertamanya dengan mengambil sijil jahitan pakaian wanita daripada Kolej Komuniti pada tahun 2013 sebelum melanjutkan pelajarannya di City University Malaysia.
JENAMA ARUNSAYFULL
Setelah berjaya memenangi anugerah pingat emas selama dua tahun berturut-turut dengan baju pertama rekaan dirinya dalam pertandingan Mercedes Fashion Week 2012 dan Mercedes Fashion Week 2013, Arun Chee menyertai pertandingan Malaysian Shoe Design dan turut mendapat emas. Bersama rakan kongsinya Sayfull, Arun Chee mula mencipta jenaman Arunsayfull dalam industri fesyen.
Ketika diajukan soalan apakah liku-liku cabaran yang dihadapi ketika membina jenama Arunsayfull, anak kacukan Cina dan India ini tersenyum sambil berkata, "Ermmmm. Yang pertama of course modal sebab kita muda then baru nak bina jenama sendiri, jadi terpaksa berjimat dan kadang sampai tak makan sebab nak dahulukan duit modal untuk siapkan baju."
"Yang kedua since saya dan partner hanya berdua, jadi kami lack of manpower. Untuk siapkan beberapa pasang baju pelanggan atau pertandingan kadang terpaksa bersengkang mata tak tidur. Kerjaya sebagai fashion designer ni tak boleh berkira waktu bekerja, apa yang penting adalah projek siap dengan jayanya dan customer puas hati."
"Yang ketiga adalah ragam pelanggan kerana kebanyakkan waktu kami berurusan dengan VVIP seperti keluarga diraja Johor, selebriti tanah air dan Datuk Datin. Jadi untuk bahagian PR saya yang akan make deal dengan mereka manakala rakan kongsi saya akan siapkan material dan sebagainya. Kerjasama antara kami membuatkan kami serasi dan bertahan lama dalam jenama Arunsayfull."
Baju rekaan pertama Arun Chee |
"Saya sangat menggemarkan konsep fesyen yang lebih bergaya, daring, feminine dan versatile. Untuk menjadi seorang pereka fesyen yang berjaya seperti yang saya impikan, saya dan rakan kongsi perlu sentiasa bersedia untuk mengikut arus perubahan dunia fesyen yang kian pantas dan berdaya saing. Semasa melanjutkan pelajaran saya di City University, saya menyedari betapa pentingnya ilmu pengetahuan dan bakat dalam membina kerjaya sebagai pereka fesyen."
Antara penglibatan Arun Chee dalam industri fesyen daripada 2013- 2019 adalah:
1. Showcased Collection in World Fashion Week 2017
2. Showcased Collection in Mercedes Benz Fashion Weekn 2018
3. Showcased Collection in Malaysia Fashion Week 2017
4. Featured di dalam majalah tempatan dan luar negara.
5. Best Designer of the year 2018 award.
6. Ditemuramah oleh media .
Selain menguruskan jenama ArunSayfull, sebagai Alumni di City University Arun Chee juga berhasrat untuk membangunkan Fakulti Fesyen di City University Malaysia dan memberi sumber inspirasi kepada pelajar yang berhasrat untuk membina kerjaya dalam dunia fesyen seperti dirinya.
"Ini merupakan sumbangan saya sebagai Alumni di City University Malaysia." -CITY U INSIGHT-
Thank you for reading.
Website: www.city.edu.my
Facebook: cityumalaysia
YouTube: https://www.youtube.com/user/CityUC
Instagram via https://www.instagram.com/cityumalaysia/
Comments
Post a Comment