PENULIS: MASRI ABDUL LASI
SEGMEN: PENDIDIKAN
Ramai orang bercita-cita ingin menjadi seorang pemimpin, malahan jawatan menjadi seorang pemimpin menjadi rebutan dan pelbagai cara digunakan untuk mendapatkanya. Hakikatnya manusia akan lebih bahagia mengejar kuasa dan pengaruh dan itulah sebabnya mereka ingin menjadi pemimpin. Persoalanya adakah mereka2 ini faham akan apa itu pemimpin dan kepimpinan?
Bukan mudah hendak menjadi seorang pemimpin yang hebat. Setakat jadi pemimpin yang baik mungkin lebih mudah.Seorang pemimpin yang hebat perlu mempunyai sebuah pemikiran yang luar biasa dalam memastikan segala aspek sama ada pentadbiran dan pengurusan dapat dicapai melalui dasar yang efektif dan berkesan.
Seorang pemimpin perlu mempunyai personaliti yang mampu mempengaruhi orang lain serta bersedia ditegur atau dikritik oleh orang lain, untuk menjadi seorang pemimpin, seseorang itu hendaklah sentiasa mengalu-alukan teguran dan maklum balas daripada orang sekeliling sama ada positif ataupun negatif. Setiap orang pasti ada kelemahan dan kekuatan masing-masing. Kita mesti menerima hakikat itu dengan hati terbuka.
Masalah yang selalu dihadapi oleh seorang pemimpin adalah tidak memahami istilah “Lead by Example”. Untuk seorang pemimpin memimpin sebuah kumpulan atau organisasi, seorang true leader selain tahu cara memimpin kumpulannya, mereka juga harus tahu cara memimpin diri sendiri. Sebagai pemimpin jika kita gagal untuk memimpin diri sendiri, maksudnya kita gagal untuk memimpin kumpulan kita.
Seorang pemimpin yang baik adalah pemimpin yang memberi contoh yang baik kepada anak buahnya. Kalau kita berjaya untuk melakukanya, tidak mustahil orang bawahan kita akan ikut.
Seorang pemimpin yang baik adalah pemimpin yang memberi contoh yang baik kepada anak buahnya. Kalau kita berjaya untuk melakukanya, tidak mustahil orang bawahan kita akan ikut.
Selain itu, seseorang pemimpin juga harus bersedia untuk belajar dari sesiapa sekalipun apa yang dia tidak tahu kerana kepimpinan itu memerlukan proses pembelajaran yang berterusan melalui latihan dan pengalaman. Sebagai contoh, kursus Decision Making dan kem kepimpinan sangat digalakkan kepada semua orang dalam usaha membina leadership skill dalam diri setiap individu.
Seorang pemimpin yang baik juga hendaklah mempunyai perhubungan baik dengan orang-orang bawahannya. Dia mengenali mereka sebagai individu-individu yang mempunyai keistimewaan tersendiri dan paling penting tahu bezakan bila masa bertugas dan bila masa di luar tugas dan bertindak bersesuaian dengan keadaan.
Selain daripada itu seorang pemimpin juga harus mempunyai:
1. EMPATI : kebolehan untuk memahami perasaan orang lain dan bersimpati.
2. KESEDARAN akan kelemahan dan kekuatan dirinya sendiri. Sedar tentang bagaimanakah dirinya dianggap oleh orang lain. Hanya apabila ini berlaku maka barulah kepercayaan kebolehan dirinya akan timbul.
Di dalam sebuah buku yang bertajuk Management In Action dimana dalam buku itu menyatakan bahawa “True leaders, in short, do not make people into followers, but trained them into good leader” dalam buku ini juga ada mengkritik pemimpin-pemimpin di Asia, “The current leaders has grown up with strong technical expertise but really dint have the managerial skills of coaching and guiding.. Usually in asian “YES” doesn’t necessarily mean agreeing and “NO” doesn’t always mean No!"
Di sini dapat kita lihat perlunya seorang pemimpin mempunyai landasan berfikir yang lebih obligasi dan futuristik selaras dengan kemantapan pemimpin yang berintelektual dan berketerampilan yang mampu membawa kestabilan spiritual dan fizikal dalam kalangan pemimpin.
Explorasi
Masri Abdul Lasi
Hebatkah Kau Menjadi Seorang Pemimpin?
Thank you for reading.
Website: www.city.edu.my
Facebook: cityumalaysia
YouTube: https://www.youtube.com/user/CityUC
Instagram via https://www.instagram.com/cityumalaysia/
Comments
Post a Comment