PENULIS: MASRI ABDUL LASI
SEGMEN: PENDIDIKAN
SEGMEN: PENDIDIKAN
Boring, boring dan boring yang akan sentiasa kita dengar daripada pelbagai lapisan masyarakat semenjak arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikeluarkan bermula 18 Mac 2020 lalu.
Jika dilihat, ramailah warga maya yang berkongsi aktiviti yang dilakukan di rumah seperti menonton Netflix, game, Live Facebook, IG, dan TIKTOK. Fenomena ini termasuklah trend berkongsi resipi masakan terbaru dan jika masakan tersebut tidak menjadi, maka penuhlah perkongsian di group Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ini. Eh lupa pula, sekarang ini viral penyedian kopi Dalgona.
Jika dilihat, ramailah warga maya yang berkongsi aktiviti yang dilakukan di rumah seperti menonton Netflix, game, Live Facebook, IG, dan TIKTOK. Fenomena ini termasuklah trend berkongsi resipi masakan terbaru dan jika masakan tersebut tidak menjadi, maka penuhlah perkongsian di group Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ini. Eh lupa pula, sekarang ini viral penyedian kopi Dalgona.
Tahukah anda selain daripada perkara-perkara yang boleh dilakukan selain yang disebutkan tadi, mungkin anda terlupa untuk belajar kemahiran baru secara online. Ada macam-macam platform dan kursus yang mungkin anda boleh explore. Pihak penyedia pendidikan dalam atau luar negara berlumba-lumba untuk menawarkan pelbagai tawaran belajar secara percuma dan atas talian. Contohnya:
Penyedia pendidikan ini menawarkan program secara percuma tanpa apa-apa bayaran, anda hanya perlu mendaftar dan terokai ilmu baharu. Anda boleh mempelajari pelbagai kursus yang bermanfaat contohnya Ilmu perniagaan, Pendidikan, Pengurusan Kewangan, Pemasaran, Bahasa Dan banyak lagi.
Kebanyakan orang dewasa hari ini terlepas peluang untuk mengubah hidup mereka kerana terperangkap dalam rutin kehidupan seharian. Pembelajaran sepanjang hayat boleh dipelajari secara formal dan tidak formal. Pembelajaran berterusan ini akan membantu minda kita kekal aktif dan tajam, lebih banyak kita belajar, lebih banyak peluang kita berjumpa dengan perkara yang betul-betul merangsang daya kreatif kita!
Cuba fikirkan, dahulu anda bujang, kini anda sudah berkahwin dan mempunyai anak-anak. Satu anjakan besar dalam kehidupan anda telah berlaku. Anda memikul tanggungjawab baharu, berhadapan dengan cabaran-cabaran baharu, mempelajari kemahiran baharu serta menyesuaikan diri pada perubahan. Anda sebenarnya berada dalam perjalanan pembelajaran sepanjang hayat.
Oleh itu, Manfaatkanlah hari-hari anda untuk belajar benda baru dan ianya tidak salah, malahan ia membawa sejuta kebaikan untuk anda. Percayalah pembelajaran sepanjang hayat itu wujud. Jom ubah rutin harian kita, luangkan masa 10-20 minit untuk belajar benda baru.
Thank you for reading.
Website: www.city.edu.my
Facebook: cityumalaysia
YouTube: https://www.youtube.com/user/CityUC
Instagram via https://www.instagram.com/cityumalaysia/
Comments
Post a Comment