SHARIFAH MOHAMAD- IKON MUDA CITY UNIVERSITY DALAM MIID 2019

PENULIS: NURUL ASYIQIN JAAFAR


cityuinsight.blogspot.com

"BEAUTY WITH BRAIN".

Ini adalah perumpaan terbaik untuk menggambarkan wanita muda ini, SHARIFAH BINTI MOHAMAD,22 tahun.

Merupakan pelajar tahun akhir dalam bidang Bachelor of Interior Design di City University Malaysia, Sharifah sangat meminati bidang modelling bahkan beliau juga pernah menyertai sesi uji bakat dalam program Dewi Remaja baru-baru ini.

cityuinsight.blogspot.com

MIID REKA AWARDS DESIGN EXCELLENCE 2019

Baru-baru ini Sharifah digemparkan dengan berita bahawa beliau merupakan pemenang pingat emas sebagai wakil daripada City University dalam REKA AWARDS DESIGN EXCELLENCE 2019 yang dianjurkan oleh Malaysian Institute of Interior Designers (MIID). Siapa sangka pelajar cemerlang daripada City University ini berjaya mengalahkan wakil daripada LimKokWing University, Taylors University dan The One Academy! 

Berbekalkan bakatnya yang mendalam ke arah interior design dan minatnya dalam bidang seni, Sharifah berjaya membawa idea nya yang berkonsepkan LADANG- Urban Agriculture Organic Farm Market dalam Reka Awards 2019. 

cityuinsight.blogspot.com

Menurut Sharifah, Malaysia merupakan sebuah negara yang mencatatkan kadar obesiti tertinggi di Asia dan penyakit ini dikenal pasti sebagai penyumbang tertinggi dalam penyakit Diabetes dan jantung. Maka adalah sangat penting bagi kita untuk megamalkan amalan pemakan yang sihat. Oleh itu, langkah paling mudah untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat ini adalah dengan menukar budaya pemakanan harian kepada makanan yang berasaskan organik.

cityuinsight.blogspot.com
Maka daripada sinilah tercetusnya idea untuk dirinya menghasilkan projeknya, ladang moden di mana idea ini menggunapakai kawasan yang terhad dengan gabungan idea kaedah pertanian yang berkonsepkan vertical design bagi memaksimumkan aktiviti pertanian yang moden dengan faktor ruang yang terhad. Kaedah ini dalam masa yang sama selain memupuk damalan gaya hidup yang sihat malah ianya juga boleh memberi kesedaran kepada masyarakat untuk memiliki mini ladang di kediaman masing-masing.


cityuinsight.blogspot.com

Ketika ditanya apakah pengalaman paling manis sepanjang menyertai pertandingan Reka Awards 2019 ketika MIID Annual Ball and Awards Night yang berlangsung pada 22 November 2019, Sharifah berkata "saya sangat bangga kerana tersenarai sebagai pelajar Melayu pertama dan wakil City University yang memenangi anugerah pingat Emas dalam Reka Awards 2019 ini. Saya sangat berterima kasih kepada semua barisan pensyarah Fakulti Reka Bentuk Dalaman daripada City University kerana banyak memberi tunjuk ajar dari segi idea dan teknik pembentangan projek dan pencapaian saya hari ini merupakan hadiah hasil daripada pengorbanan mereka selama ini."

Harapan Sharifah adalah untuk mendapatkan sokongan positif daripada pihak kerajaan bagi merealisasikan idea projek ini supaya dapat memberi sumbangan kepada masyarakat, alam sekitar dan ekonomi negara. -CITY U INSIGHT-


Thank you for reading.
Website: www.city.edu.my
Facebook: cityumalaysia

Comments