PRESIDEN SRC CITY U NI RUPANYA ADA YOUTUBE CHANNEL SENDIRI!

PENULIS: NURUL ASYIQIN JAAFAR
SEGMEN: INSPIRASI



cityuinsight.blogspot.com

PRESIDEN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR CITY U 2019/2020
NUR RAFIQAH SAHIRA BINTI TALIB

Gadis cilik yang sangat happy-go-lucky berusia 21 tahun ini merupakan pelajar dalam bidang Bachelor in Business Administration di City University Malaysia dan merupakan Presiden dalam SRC bagi sesi 2019/2020. Rafiqah merupakan seorang mahasiswi yang sangat aktif dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Penglibatan beliau dalam aktiviti kampus yang sangat aktif membuatkan dirinya sentiasa menjadi tumpuan kepada ramai pelajar di City U.

cityuinsight.blogspot.com

Untuk segmen INSPIRASI dalam City U Insight kali ini, kami ingin membawa semua pembaca lebih mengenali Rafiqah yang bukan sahaja berbakat dalam aspek kepimpinan, malah dia juga merupakan seorang pelajar yang bijak, sporting dan disenangi oleh rakan-rakannya.

cityuinsight.blogspot.com

Untuk pengetahuan anda, barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di City U untuk sesi 2019/2020 terdiri daripada 21 orang pelajar pelbagai kos pengajian daripada dalam dan luar negara. Idea Majlis Perwakilan Pelajar ditubuhkan adalah bagi membangunkan personaliti dan idea seorang pemimpin dalam kalangan pelajar tanpa mengira bangsa dan agama.

MPP atau dikenali sebagai Student Representative Council (SRC) berperanan membantu pihak pengurusan di City U dalam usaha mengenalpasti dan menjaga keperluan dan kebajikan pelajar. Dengan jadual kuliah yang sangat padat dan kesibukannya dalam  menguruskan aktiviti SRC, Rafiqah sememangnya sangat mengambil berat dalam aspek pengurusan masa.

cityuinsight.blogspot.com

Apabila ditanya mengapa dia memilih untuk menyertai SRC, Rafiqah berkata, "Penglibatan saya dalam SRC di City U sangat membantu saya dalam mengasah bakat kepimpinan dan kemahiran komunikasi. Saya dilatih untuk tidak malu bercakap di hadapan orang ramai.

Di samping itu, saya juga belajar cara menyesuaikan diri dengan lebih cepat di mana setiap bulan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (STAD) di City U akan mengadakan pelbagai aktiviti bersama pelajar, contohnya Piala Dato Zaini dan Hari Kokurikulum City U.  Jadi kesemua SRC akan turun padang dan turut membantu bersama. Daripada sini saya berpeluang berkenalan dengan ramai pelajar di dalam dan luar negara."


cityuinsight.blogspot.com

Presiden SRC City U ini rupanya ada YouTube channel sendiri!
Di sebalik kesibukan dirinya dengan kehidupan di kampus, Rafiqah rupanya mempunyai YouTube channel nya sendiri. Nama ARA Studio ditubuhkan hasil kombinasi antara Afiq, Rafiqah dan Arief dibina pada 24 Oktober 2019 kini mempunyai 4 episod yang mana kesemuanya agak menghiburkan, antara tajuk yang dimuatnaik adalah seperti Pengalaman bercinta? Jom borak 1st epTeka-teki challenge feat. Farra Li , Kisah seram? Jom borak epi2 , dan Failed spicy cup noodles challenge. Kesemua video yang dimuatnaik oleh ARA Studio ini adalah hasil kreativiti Rafiqah bersama rakan-rakan sebayanya.

cityuinsight.blogspot.com

"Kami bercadang untuk perbanyakkan episod baru di ARA Studio, tetapi dek kerana ketiga-tiga antara kami masih belajar, jadi kami jarang ada masa untuk berkumpul bersama untuk shoot dan edit video. YouTube channel ni cuma sekadar suka-suka sahaja, siapa tahu satu hari nanti kalau kami dah habis belajar mungkin kami akan lebih serious untuk menjadi seorang YouTuber, masa tu kami ada lebih masa untuk buat episod baru dan menjadikan ARA Studio sebagai salah satu channel hiburan pilihan remaja akan datang." -CITY U INSIGHT-


Comments