"UNTUK MENYEDIAKAN LEBIH BANYAK PELUANG PENDIDIKAN DI MALAYSIA"- PENGARAH URUSAN CITY U

PENULIS: NURUL ASYIQIN JAAFAR


CITY UNIVERSITY MALAYSIA. Kampus ini pernah merangkul anugerah universiti terbaik dalam REKA Award 2019 yang dianjurkan oleh Malaysian Institute of Interior Designers (MIID). 

Hanya 5 minit berjalan kaki daripada stesen LRT Asia Jaya PJ, siapa sangka sehingga kini kampus yang terletak bersebelahan dengan Lebuhraya Persekutuan menghala ke Bangsar ini berjaya menghasilkan lebih 35,000 graduan dalam pelbagai bidang pengajian daripada Foundation, Diploma, Degree, Master dan PhD. Pelajar-pelajar di universiti ini juga terdiri daripada pelbagai bangsa dan datang daripada pelbagai negara. Lokasi yang strategik maka tidak hairanlah mengapa institusi ini menjadi pilihan ramai. 
https://www.city.edu.my/

City U ditubuhkan pada tahun 1984 yang pada mulanya dikenali sebagai Kolej Komuniti PJ, pada tahun 2010 institusi ini rebrand menjadi City University College of Science and Technology. Pada penghujung tahun 2016, kolej ini berjaya mendapat title "universiti" dan kini ia dikenali sebagai City University Malaysia dan menerima pengiktirafan 4 bintang SETARA 2017.

https://www.city.edu.my/

Dalam usaha untuk mencari universiti terbaik sebelum menyambung pengajian, ibu bapa dan pelajar-pelajar sangat mengambil berat khususnya akan kualiti sesebuah universiti tersebut. Adakah bidang pengajian yang ditawarkan mendapat akreditasi daripada MQA? Berapakah kos pengajian dan apakah kos-kos tambahan lain yang perlu dibayar? Adakah bakal graduan dijamin kerjanya selepas bergraduat? Banyak persoalan timbul.

https://www.city.edu.my/

Bagi menyediakan bakal-bakal graduan dalam mengharungi cabaran dunia pekerjaan sebenar, pelbagai inisiatif telah diambil dan dipraktikkan di City University. Sebagai contoh, bagi mengekalkan kualiti sesuatu program yang ditawarkan, City U telah membina kolaborasi bersama beberapa University Partners untuk program ijazah muda contohnya VATEL Hotel and Tourism Business School dan ModArt International dengan menawarkan program dual-degree. 

Kolaborasi ini merupakan satu kelebihan kepada pelajar-pelajar di City U kerana dua ijazah akan diberikan kepada pelajar dalam tempoh pengajian 3 tahun di mana selain pihak City University, pihak University Partners juga akan memberikan ijazah kedua kepada pelajar tersebut. 

https://www.city.edu.my/

Selain University Partners, kebanyakan program-program yang ditawarkan di City U juga mendapat akreditasi daripada badan-badan profesional, sebagai contoh Lembaga Arkitek Malaysia (LAM), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP), Association of Chartered Certified Accountants (ACCA), Lembaga Jururawat Malaysia, dan Majlis Akreditasi Kejuruteraan (EAC). 

Badan-badan profesional yang dinyatakan ini bertindak membantu pihak universiti dalam menyemak serta bagi menjamin kualiti silibus dalam program-program yang ditawarkan bukan sahaja memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi, malah ia juga bertujuan supaya menyediakan pelajar-pelajar di kampus ini dengan pengalaman dalam bidang pekerjaan sebenar. 

https://www.city.edu.my/

"Selain perlunya mengekalkan kualiti graduan-graduan di City U, pihak pengurusan City U juga sentiasa berusaha untuk menaiktaraf kemudahan-kemudahan di dalam dan luar kampus. Kini selain kampus utama di Petaling Jaya, City U juga telah mengembangkan sayapnya ke Johor Bharu dengan  membina branch campus disana. Harapan City U adalah untuk menyediakan lebih banyak peluang pendidikan di Malaysia," kata Pengarah Urusan City University Malaysia.  -CITY U INSIGHT-



Thank you for reading.
Website: www.city.edu.my
Facebook: cityumalaysia

Comments