PENULIS: NURUL ASYIQIN JAAFAR
SEGMEN: INSPIRASI
"Sejak daripada zaman internship, saya dah 13 tahun dalam bidang E-learning sebagai programmer. Entah macam mana timbul rasa minat dalam bidang pendidikan, jadi saya ambillah keputusan untuk sambung Master in Education di City U dan bergraduat pada tahun 2019 dengan CGPA 3.89."
Sallina Mohamed Salim, 38 tahun merupakan seorang wanita yang sangat suka mengembara dan mencuba sesuatu yang baru. Wanita kelahiran Balik Pulau, Pulau Pinang ini sangat mesra dan tidak lokek untuk berkongsi pengalaman hidupnya semasa sesi temu bual.
"Dulu saya study Multimedia System dekat MMU, tak sangka saya boleh sambung MED secara part time di City U. Sepatutnya hanya 3 semester sahaja, tapi sebab degree saya bukan dalam bidang education, jadi saya terpaksa ambil extra education courses dan jadilah 4 sem in total."
Apabila ditanya apakah subjek kegemarannya, Sallina sambil tersenyum berkata, "Saya paling suka subjek Instrumental Technology yang diajar oleh Dr. Eng Hue Zher. Subjek ini macam ada relate dengan previous job saya di mana dalam pembelajaran subjek ini saya didedahkan dengan penggunaan pelbagai online platform dalam penyampaian pengajaran dan pembelajaran."
Menurut Sallina juga, antara mengapa dia memilih City U untuk pengajian master nya adalah kerana di City U, kelas part time hanya dijalankan pada hujung minggu daripada 9am sehingga 3pm. Waktu kuliah dan penghantaran assignment bersama pensyarah yang sangat memahami akan dirinya juga bekerja sambil belajar membuatkan dia sentiasa rekemen kepada kenalan-kenalannya untuk mengambil MED di City U.
Walaupun sibuk dengan kerjaya dan pengajiannya, Sallina masih memperuntukkan masanya untuk melakukan hobi-hobi kesukaannya seperti diving, hiking dan travel. "Walaupun sibuk bekerja sambil belajar, saya tetap akan cari masa untuk travel dan hiking." Antara pengalaman hiking yang paling tidak dapat dilupakan adalah ketika di Gunung Rin Jani, Lombok, Indonesia pada tahun 2016.
"Gunung Rin Jani merupakan gunung berapi yang aktif, masa saya dan rakan-rakan pergi hiking tu, permukaan gunung penuh dengan pasir jerlus. Untuk berjalan dalam 300 meter sahaja memerlukan masa lebih kurang 30 hingga 45 minit. Itulah merupakan perjalanan 300 meter paling lama dalam hidup saya. Tapi bila nak turun senang je macam main ski. Hahaha," katanya sambil tergelak.
"Dah bersusah-susah nak mendaki, masa on the way balik KL pulak gunung berapi meletup menyebabkan awan berdebu dan flight terpaksa cancel. Saya dan rakan-rakan terpaksa mengambil alternatif lain dengan menaiki bas dan bas yang dinaiki itu naik pula feri. Perjalanan daripada Pulau Lombok ke Pulau Bali kemudian sampai di Surabaya mengambil masa kira-kira 23 jam. Penerbangan kami untuk pulang ke KL adalah 3 hari kemudiaanya. Alhamdulillah nasib baik sampai juga KL."
Kesibukan dalam mengejar kerjaya, pengajian dan hobi bukanlah alasan untuk Sallina tidak menyiapkan thesisnya. "Tak sangka saya berjaya menyiapakan thesis untuk master saya dengan tajuk How Tpack framework contribute to professional development and technology in higher education. Hari ini saya bangga menjadi alumni di City U." -CITY U INSIGHT-
Thank you for reading.
Website: www.city.edu.my
Facebook: cityumalaysia
YouTube: https://www.youtube.com/user/CityUC
Instagram via https://www.instagram.com/cityumalaysia/
Comments
Post a Comment