DEKAT CITY U ADA PROGRAM APA?

PENULIS: NURUL ASYIQIN JAAFAR


Salam sejahtera.

PELAJAR: "Kak, result SPM saya 5 kredit termasuklah subjek BM dan Sejarah , saya tak tahu saya minat bidang apa dan saya masih mencari tempat untuk belajar. Saya nak cepat habis belajar tapi saya tak nak masuk Matrikulasi, kalau belajar Diploma saya kena habiskan dalam tempoh 3 tahun, macam lama jer."

KAUNSELOR: "Sebelum tu, tahniah akak ucapkan untuk keputusan SPM adik dapat tu. 5 kredit tu cantik sangat dah. Tak tahu minat bidang apa tu normal untuk peringkat umur macam adik sekarang. Tak apa, adik datang jumpa akak ni merupakan satu inisiatif adik untuk mencari minat dan bidang pengajian yang sesuai dengan result SPM adik Akak boleh bantu."

PELAJAR: "Macam mana kak?"

KAUNSELOR: "Haaa, kalau adik-adik nak tahu, di City University Malaysia kita ada macam-macam program pengajian. Daripada A-Level, Asasi, Diploma, Degree, Master sampailah PhD. Kalau akak lihat daripada result SPM adik ni, adik sebenarnya dah layak untuk ke program Asasi di City University Malaysia.

PELAJAR: "Apa syarat kelayakan untuk ambil bidang Asasi/Foundation ni kak? Berapa lama belajar nanti?"

KAUNSELOR: "Untuk pengetahuan adik, program Asasi/Foundation ni lebih kurang sama je macam Matrikulasi which is dia macam tiket fast track nak sambung Ijazah, tetapi kelebihannya adalah Asasi ni banyak bidang pilihan. Macam dekat Matrikulasi, dia ada Program Satu Tahun (PST) dan Program Dua Tahun (PDT). Adik kena bersaing dengan puluhan ribu calon lepasan SPM yang berdaftar setiap tahun. Kemudian bidang yang ditawarkan adalah terhad untuk program Sains tulen, Sains Komputer dan Perakaunan. Di Matrikulasi, pelajar akan mendapat Bantuan Sara Hidup Pelajar secara bulanan sebanyak RM250. Cumanya di Matrik ni, jadual pembelajaran dia agak pack dan ada dress code tertentu yang adik kena follow. Lifestyle lebih kurang macam dekat SBPI."

PELAJAR: "Ooooh, baru saya faham. Kalau Asasi pulak macam mana kak? Bidang apa je yang ada di City University Malaysia?"

KAUNSELOR: "Untuk Foundation, tempoh pengajian dia cuma 1 tahun sahaja. Dekat City U kita ada beberapa program Foundation, contohnya Foundation in Science, Foundation in Fashion Design, Foundation in IT, Foundation in Business, Foundation in Graphic Design & Multimedia, Foundation in English/Communication. Adik boleh pilih ikut bidang yang adik minat mengikut syarat kelayakan yang ditetapkan oleh pihak universiti."

PELAJAR: "Wow! Macam menarik. Terima kasih kak. Saya nak survey dulu."

KAUNSELOR: "Sama-sama dik. Sila-sila."

BERSAMBUNG...

https://www.city.edu.my/

https://www.city.edu.my/

https://www.city.edu.my/

https://www.city.edu.my/

https://www.city.edu.my/


https://www.city.edu.my/


https://www.city.edu.my/






Thank you for reading.
Website: www.city.edu.my
Facebook: cityumalaysia


Comments