PENULIS: NURUL ASYIQIN JAAFAR
"Saya suka menonton rancangan realiti The Next Great Baker dan The Cake Boss."
Meminati bidang kulinari dan pastri sejak di bangku sekolah, Rachel Yong memulakan kerjayanya sebagai Chef Lecturer dalam subjek pastri untuk Fakulti Perhotelan dan Pelancongan (FOHAT) di City University Malaysia. Dalam kesibukan menguruskan tugasan hakiki, Rachel turut menguruskan perniagaannya dalam pembuatan kek dan menyambung ijazah sarjana muda. Tidak hanya itu, baru-baru ini Rachel berjaya memenangi anugerah gangsa dalam pertandingan Selangor International Culinary Festival 2019 bagi kategori profesional wakil daripada City University Malaysia.

Bagi gadis berusia 28 tahun ini, kesibukan bukanlah penghalang untuk dirinya mengembangkan bakat dan kemahirannya dengan menyertai pertandingan berskala global. Dengan jadual yang padat, Rachel berjaya meluangkan masa satu minggu untuk berlatih sebelum pertandingan tersebut. Dalam masa yang sama, Rachel Yong sedang menyambung pengajian dalam bidang Master in Hospitality Management dari UNITAR.
"Saya telah menceburi bidang pastri sejak 8 tahun yang lalu, kebanyakkan teknik pembuatan pastri saya belajar melalui self hands on di mana saya menjadikan youtube sebagai rujukan selain mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar daripada mentor saya.
Zaman teknologi ini boleh dikatakan amat mudah untuk mempelajari sesuatu kemahiran dengan cepat. Sebagai contoh, kepakaran saya adalah dalam pembuatan kek yang berkonsepkan simetrikal dan geometrikal, namun saya ingin menghasilkan kelainan dalam kek saya dalam pertandingan kali ini, oleh itu saya belajar melalui youtube bagaimana menghasilkan kek yang berkonsepkan organic creation free style modelling dengan tema Turning tides, Ocean Dreams. Siapa sangka hasil percubaan pertama saya dalam konsep ini dengan tempoh berlatih hanya satu minggu, saya berjaya memenangi anugerah Gangsa dalam Selangor International Culinary Festival 2019."
Meskipun bidang kulinari ini merupakan suatu kemahiran, Rachel Yong menerangkan bagaimana pentingnya seseorang itu perlu untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading.
"Semasa bekerja di Mendarin Oriental beberapa tahun lepas, saya berpeluang untuk mempelajari cara membuat macaroon. Namun sebelum saya dibenarkan membuat macaroon, saya hanya dibenarkan menabur icing sahaja. Setelah 3 tahun, ketua chef membenarkan saya untuk membuat macaroon, namun saya masih kurang kemahiran dalam pipping kerana pembuatan macaroon memerlukan ketelitian dan konsistensi dalam menghasilkan yang terbaik. Oleh kerana pembuatannya yang bukan mudah, sebab itulah macaroon dijual lebih mahal daripada dessert lain. Setelah menempuhi proses latihan itu, barulah saya faham erti kejayaan datangnya daripada usaha yang konsisten."
Antara pencapaian Rachel Yong dalam bidang pastri dan kulinari adalah:
1. Wilton Cake Decorating 2013, Sunway Giza
Category: Multi Tier Cake
Award: Bronze
2. Food Hotel Malaysia 2013, KLCC
Category: Pastry Show Piece
Award: Silver
3. Battle of The Chef 2018, Pulau Pinang
Category: Plated Dessert
Award: Silver
4. Selangor International Culinary Festival 2019,
Category: Professional Chefs, Dress The Cake
Award: Bronze
Sejumlah 16 biji cupcake perlu dihias oleh Rachel dalam tempoh 75 minit dalam pertandingan Selangor International Culinary Festival 2019 bagi kategori Dress The Cake. Semua bahan hiasan kek Rachel menggunakan asas gula. Manakala coklat dan royal icing boleh disediakan sebelum pertandingan namun tidak boleh dibentukkan, termasuklah sugar paste, marzipan dan pastillage yang boleh diwarnakan awal.
Ketika ditemu ramah, Rachel berkata, "Cake dressing ini memerlukan kreativiti dan ilmu. Untuk menjadi seorang penghias kek profesional, kita perlu sentiasa memperbaiki kemahiran dan mempelajari sesuatu yang baru. Kek juga seperti fesyen, ada trend. Saya akui jika kita ketinggalan, kita tidak akan boleh ke hadapan."
Kerjaya sebagai Chef Lecturer di City University membuatkan Rachel perlu mengatur masa dengan sangat teliti, termasuklah mengendalikan pengajian jarak jauh dan perniagaan sampingan.
"Menjadi pendidik adalah pilihan saya dan saya kena korbankan sedikit bidang perniagaan. Saya bukanlah seseorang yang telalu mengejar wang ringgit, asalkan kerjaya pilihan saya sebagai pendidik memberikan saya kepuasan, saya akan terus berkhidmat. Saya gembira apabila melihat pelajar saya berjaya menghasilkan kek-kek yang cantik dan teliti dan antara design kek kegemaran saya adalah berbentuk beg tangan."
BLOSSOM JELLY |
EDIBLE FONDANT CAKE HANDBAG AND HEELS |

"City University banyak memberi saya pengalaman pahit dan manis sepanjang bergelar pensyarah dan impian saya adalah untuk membawa pelajar-pelajar kulinari di City University ke peringkat global dalam dunia pastri. " -CITY U INSIGHT-
Thank you for reading.
Website: www.city.edu.my
Facebook: cityumalaysia
YouTube: https://www.youtube.com/user/CityUC
Instagram via https://www.instagram.com/cityumalaysia/
Comments
Post a Comment