PENERIMA BIASISWA SIME DARBY- JEREMY CHONG RUPANYA BERDARAH CAMPURAN!

PENULIS: NURUL ASYIQIN JAAFAR
SEGMEN: INSPIRASI


cityuinsight.blogspot.com

NAIB PRESIDEN 1 MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR CITY U 2019/2020
JEREMY CHONG TIEN SHING

Jeremy Chong merupakan Naib Presiden Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2019/2020 City U. Anak muda kelahiran Wilayah Persekutuan Labuan yang berusia 20 tahun ini merupakan pelajar Bachelor Of Accounting and Finance di City U dan beliau juga merupakan penerima Biasiswa Yayasan Sime Darby. Jeremy Chong Tien Shing atau nama Islamnya Muhammad Haziq Haiqal merupakan seorang mualaf yang berbangsa Cina. Bukan sahaja bijak dalam pelajarannya, malah Jeremy juga sangat aktif dengan aktiviti kokurikulum di kampus. 

cityuinsight.blogspot.com

Pada 18 hingga 19 Jun 2019, Jeremy buat kali keduanya mewakili Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan untuk bertanding dalam kategori pengucapan awam di pertandingan Mahrajan Amal Islami Mualaf Peringkat Wilayah Persekutuan 2019 yang bertempat di Kompleks Darul Hidayah KL. Dengan persediaan hanya satu bulan sebelum pertandingan, siapa sangka Jeremy sebagai peserta mualaf paling muda dalam pertandingan tersebut berjaya mendapat naib juara dengan topik pengucapan awamnya, "Hijrah: Pengorbanan Seorang Muslim." 

cityuinsight.blogspot.com

"Saya meminati bidang perakaunan sejak di bangku sekolah lagi, namun tidak ramai yang tahu saya juga meminati sajak dan puisi", kata Jeremy sambil tergelak kecil. Ibunya yang berdarah Filipina dan ayahnya yang berbangsa Cina berasal daripada Sabah membuatkan Jeremy selesa untuk merantau dan bergaul dengan masyarakat yang berbilang kaum.

"Oleh kerana saya mempunyai ibu dan bapa yang berkahwin campur, saya sangat bertuah kerana dapat memahami bahasa Filipina dan bahasa Cina Sabah sejak dari kecil. Ini merupakan suatu kelebihan terutama apabila saya kini merupakan Naib Presiden dalam MPP di City U di mana saya perlu berkomunikasi dengan pelbagai kategori pelajar ketika menjalani program dan aktiviti di kampus. " 

Jeremy Chong bukan sahaja mempunyai kemahiran berkomunikasi dalam pelbagai bahasa, kecemerlangannya dalam bidang akademik sehingga melayakkan beliau mendapat tawaran Biasiswa Sime Darby serta penglibatan dirinya dalam SRC membuatkan Jeremy sentiasa menjadi sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar di City U. -CITY U INSIGHT- 


Comments