RESEPI HARI INI: KEK BATIK NESCAFE 3in1

PENULIS: NURUL ASYIQIN JAAFAR


Hari ini City U Insight akan berkongsi dengan semua pembaca-pembacanya satu resepi yang sangat mudah untuk dibuat, guna rice cooker pun boleh siap kek batik Nescafe 3in1 ni. Untuk mereka yang sedang mencari idea untuk mula berniaga dari rumah, ataupun sekadar mencari aktiviti yang bermanfaat untuk mengisi masa lapang, bolehlah mencuba resepi hari ini.

KEK BATIK NESCAFE 3in1

Bahan-bahan yang diperlukan:
1 sudu mentega/ butter
1 sudu susu pekat manis
1-2 batang Nescafe 3in1 (Any flavour)
1 mangkuk biskut Marrie yang dipecahkan.

cityuinsight.blogspot.com

LANGKAH PERTAMA: 
Cairkan satu sudu mentega atau butter dalam nonstick pan dengan api perlahan.

cityuinsight.blogspot.com

LANGKAH KEDUA: 
Masukkan satu sudu susu pekat manis dan kacau sebati bersama marjerin tadi.

cityuinsight.blogspot.com

LANGKAH KETIGA:
Masukkan 1 hingga 2 batang Nescafe 3in1 (any flavour) ke dalam campuran mentega dan susu pekat tadi. 

cityuinsight.blogspot.com

LANGKAH KEEMPAT:
Kacau sebati dan tutupkan api. Jika sos nescafe terlalu likat, sila tambah 2 sudu air panas dan kacau sebati. 

cityuinsight.blogspot.com

LANGKAH KELIMA:
Masukkan semangkuk biskut Marrie yang telah dipecahkan ke dalam pan tadi. Jumlah biskut Marrie bergantung kepada tekstur kek batik yang anda inginkan. Untuk kek batik yang moist, anda perlu kurangkan sedikit biskut manakala untuk kek batik yang lebih solid teksturnya, sila lebihkan biskut Marrie anda.

cityuinsight.blogspot.com

LANGKAH KEENAM:
Kacau sebati sehingga kesemua kepingan biskut disaluti dengan sos nescafe 3in1 tadi. Untuk adunan di dalam gambar ini, sos dilebihkan untuk mendapatkan tekstur kek batik yang lebih moist.

cityuinsight.blogspot.com

LANGKAH KETUJUH:
Lapikkan plastik ke dalam bekas atau tray, dan masukkan adunan kek batik tadi. Sejukkan di dalam peti ais selama 15 minit dan kek batik sedia dimakan. 


15 minit sahaja, dah siap kek batik Nescafe 3in1 kita. Bolehlah dibuat untuk hidangan masa hari raya nanti. Selamat mencuba! -CITY U INSIGHT-



Thank you for reading.
Website: www.city.edu.my
Facebook: cityumalaysia

Comments