RESEPI HARI INI: OAT DRINK SEBAGAI MIDNIGHT SNACK

PENULIS: NURUL ASYIQIN JAAFAR
SEGMEN: RESEPI


Stay up sampai pukul 1 pagi untuk siapkan assignment atau thesis, tiba-tiba perut bergoncang kruk...kruk...kruk... Lantas kita pun bangun dan laju menuju ke pintu peti sejuk mencari-cari midnight snek apa yang paling simple dan sihat tapi mengenyangkan. Ahhaa! Hari ini City U Insight ingin berkongsi dengan anda semua resepi Oat Drink paling mudah nak buat. 

BAHAN-BAHAN:
5 sudu Quaker Oat (paket merah)
1 gelas besar air kosong

cityuinsight.blogspot.com

CARA PENYEDIAAN:
Masukkan 5 sudu Quaker Oat dan 1 gelas besar air ke dalam blender, mesin sehingga menjadi halus. Tuangkan ke dalam cawan, dan siap! Untuk mereka yang sukakan Oat Drink ini dalam bentuk smoothies, boleh campurkan buah-buahan seperti pisang atau kismis semasa proses blending. Hanya 5 minit cara penyediaan, minuman ini bukan sahaja membantu mengenyangkan, malah dapat membantu anda yang sedang berdiet atau sibuk dalam pekerjaan dan pelajaran.

P/S: Oat Drink yang disimpan lebih daripada 15 minit akan menjadi likat dan rasanya tidak lagi seperti air, tetapi ia menjadi smoothies. Untuk smoothies yang lebih segar, boleh disejukkan di dalam peti ais selama 15 minit selepas proses blending.  Selamat mencuba! -CITY U INSIGHT- 


Thank you for reading.
Website: www.city.edu.my
Facebook: cityumalaysia


Comments