"TSUNAMI MEDIA SOSIAL, HANYUTKAN GELOMBANG PEMBACAAN”- MASRI, PENSYARAH DI CITY U

PENULIS: MASRI ABDUL LASI
SEGMEN: PENDIDIKAN


cityuinsight.blogspot.com
MASRI BIN ABDUL LASI
PENSYARAH, FACULTY OF BUSINESS, CITY U

Ada yang berkata kebanjiran teknologi moden seperti Internet dan media sosial seperti Facebook, Instagram, WeChat, Bigo Live dan termasuklah TIKTOK sedikit-sebanyak menghapuskan minat membaca dalam kalangan masyarakat tidak kira remaja, dewasa dan golongan pelajar? Hakikatnya minat membaca ini telah lama hanyut dipukul oleh ombak tsunami, telah lama terkubur dalam masyarakat kita.

Benarlah! Kebanjiran teknologi moden telah mengubah pola tingkah laku dan menguasai gaya hidup manusia sehingga amalan membaca dalam kalangan rakyat Malaysia menurun begitu mendadak. Fenomena ini memburukkan lagi keadaan apabila golongan dewasa, Remaja dan Kanak2 masa kini lebih terdedah kepada hiburan dalam bentuk digital dan peranti elektronik. Mereka tidak lagi menemukan keseronokan dalam membaca sebagai hobi di waktu lapang dan lebih berpaksikan maklumat daripada Facebook, Whatsapp dan Twitter.


Di mana silapnya jika masyarakat kita khususnya orang melayu kurang minat membaca? Kurang minat membaca buku bukanlah salah sesiapa kerana ia bergantung kepada individu itu sendiri. Namun, jika tabiat kurang minat membaca buku terutama dalam kalangan pelajar sama ada peringkat sekolah atau universiti, situasi ini mampu mempengaruhi kualiti generasi pada masa depan.

Pada keseluruhannya masyarakat tidak memiliki sikap gemar membaca. Trend membaca tidak ada sedangkan banyak membaca itu penting kepada perkembangan minda. Selain itu peperangan di antara keperluan akademik dan kemasyarakatan menyebabkan wujud kecelaruan sehingga masyarakat kita terutama generasi muda enggan menjadikan amalan membaca cara hidup. Bila ditanya “awak minat membaca ka? Ya saya minat tapi masa sangat terhad."


Persoalannya, Bukan masa sangat terhad, tetapi kita yang malas! Cuba mulakan dengan belajar mencintai ilmu. Jika perasaan cinta itu telah tersemai dengan baik, mencintai buku akan menyusul secara automatik. Ibarat kau yang sedang asyik bercinta, tidur tak lena, mandi tak basah, apabila telah mencintai buku, kehidupan seharian dirasakan tidak lengkap jika tidak membaca, walaupun sekadar beberapa halaman.

Hakikatnya, manusia ni ikut trend terutamanya yg melibatkan selebriti. Jika Artis itu buat TIKTOK Challenge , berduyun-duyunlah masyarakat kita akan ikut. Sedihnya yang sibuk itu adalah masyarakat Melayu. Saya rasa untuk menjadikan trend membaca ini viral, pihak berwajib harus ambil inisiatif mengambil khidmat selebiriti tempatan untuk minta mereka mempromosi sikap membaca.

Contohnya, buat iklan seperti berikut "Hai! Saya Siti Nurhaliza dan saya suka baca buku. " Percayalah, esoknya ramai yang akan post dekat media sosial yang mereka itu minat membaca. Daripada kita menyahut cabaran pihak tertentu untuk buat TIKTOK Challenge, bagus kita sahut cabaran Siti Nurhaliza untuk membaca. So jom membaca!


Expresi,
Masri Abdul Lasi
INSTAGRAM: Masri Abdul Lasi
Membaca dan Terus Membaca, Tak Rugi Malahan Beroleh Keuntungan.



Thank you for reading.
Website: www.city.edu.my
Facebook: cityumalaysia



Comments