MACAM MANA NAK DAFTAR BELAJAR DI CITY U?

PENULIS: NURUL ASYIQIN JAAFAR
SEGMEN: PENDIDIKAN

Kalau nak daftar belajar di IPTA, kita tahu dah kena apply UPU online. Kena beli nombor pin dekat BSN, isi borang, lepas tu tunggu sampai pengumuman dan semak kelayakan. 

Tapi, macam mana pulak nak daftar belajar di IPTS? Sebenarnya ramai tak tahu bahawa daftar belajar di IPTS lah paling senang dan mudah! Tak perlu beli nombor pin UPU dekat bank, nak tunggu tarikh pembukaan pendaftaran, nak tunggu pengumuman dan semak kelayakan. 

Kali ni kita akan brief step by step nak daftar belajar di City University Malaysia. Mudah jer!


www.city.edu.my

Untuk pelajar tempatan, cara nak daftar belajar di City University Malaysia ni ada 3 langkah.

LANGKAH PERTAMA:
Anda boleh Google mana-mana digital platfrorm official City U, sama ada Facebook , Instagram , Website , Youtube , Twitter dan boleh start submit enquiry atau Live Chat dengan kaunselor pendidikan mereka untuk khidmat konsultasi PERCUMA. 

Masa Live chat nanti boleh tanya anything dengan kaunselor pendidikan mereka, daripada program pengajian, yuran pengajian, penempatan tempat tinggal dan pengangkutan, mode pembelajaran dan sebagainya.

LANGKAH KEDUA:
Lepas sesi konsultasi, anda boleh menghantar borang permohonan City U, hantar semua dokumen peribadi dan akademik yang diperlukan berserta yuran permohonan dan pendaftaran. Selepas disemak oleh kaunselor pendidikan City U, anda akan menerima surat tawaran sambung belajar di City U serta beberapa maklumat lain dalam tempoh 24 jam. Jadi bila dah dapat surat tawaran tu, bolehlah nak cuba apply zakat ke, yayasan negeri ke, biasiswa bank ke. 

LANGKAH KETIGA: 
Setelah proses permohonan dan pendaftaran selesai, anda boleh teruskan dengan sesi orientasi yang dijadualkan oleh pihak kampus dan membuat pendaftaran subjek sebelum memulakan kelas. Masa orientasi nanti akan ada "campus tour" dan sesi perkenalan. Orientasi di kampus akan ambil masa dalam 3 hari. 

Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan ni, City U dah mengambil inisiatif baru dengan mengadakan orientasi atas talian (online orientation). Jadi campus tour ke introduction session ke subject registration ke semuanya akan diterangkan secara online (virtual). 

www.city.edu.my

Mudah kan?
Apa lagi, jom daftar masuk ke City U! 
Your cool campus life begins HERE!



Thank you for reading.
Website: www.city.edu.my
Facebook: cityumalaysia

Comments